Sunday 2 August 2015

Assalamualaikum, Anyeong,
Apa khabar wahai kalian manusia pasca merdeka? Amnaz harap engkorang sihat walappiat,

Dulu dulu masa tak busy, Amnaz pernah join satu competition menulis cerpen bertemakan "tujuh",
Kawan Amnaz bagitau last minute, paksa paksa Amnaz plak, Haish, dengan berbekalkan satu separuh hari, Cerpen berjudul "Tujuh Sebelas" karya ulung penuh kekicapan berjaya dihasilkan,

Nah, bacalah, mohon komen yang murni ka, Sebab Amnaz ni panas baran, Nanti ngamuk jadi Hulk plak, Ehh, meraban plak,





Tujuh Sebelas
Oleh: Amnaz Salam
Aku ragut pantas sebuku roti gardenia berinti jagung kegemaranku. Entahlah, biarpun juadah tersebut sudah menjadi pengalas perutku selama seminggu seiring dengan hari aku bekerja di kedai serbaneka 24 jam berlantai marmar ini, namun rasa cemuh atau bosan dengan keenakannya yang sering mengecur tekakku membuatkan hati kecilku bertaut satu. Di malam yang mangli sebegini, nasi atau makanan berat tidak mampu dihadam ususku. Mungkin dek kerana berdarah separa arab menjadikan darahku cukup alergi dengan satu sumber makanan tinggi karbohidrat berjudul nasi. Ya, sejak kecil makanan asasiku di rumah adalah roti. Daripada roti pratha hinggalah ke roti naan keju leleh, segala jenis keturunan roti telah aku temui. Bukan kerana aku bersikap eksen, namun itulah aku, Zariq Sang Yatim Piatu.
Aku menggelar diriku sedemikian adalah kerana kematian orang tua serta lima adik beradikku yang lain akibat kemalangan tragik di Lebuhraya Pantai Timur tiga bulan yang lepas. Peristiwa itu masih lagi tergiang-ngiang jelas terpapar di kotak ingatanku. Ketika itu aku masih sibuk mentelaah buku serta nota-nota yang aku pinjam daripada perpustakaan di universiti. Benarlah kata orang, pabila mana kita sedang diuji, ujian yang datang pasti bukan calang-calang. Ketika sedang aku asyik bermanja kasih dengan pelajaran di tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Rekabentuk, aku hampir pitam mendengar mesej dukacita yang disampaikan oleh Imran, rakan sebilikku.
“Zariq!.Fam…Family kau accident!”
Tersentap aku mendengarnya. Ibarat jantung ditarik kencang, air mata syahdu berunsur kaget memancut membasahi pipi. Deras. Terus mengalir membasahi nota-nota di atas meja kayu. Lalu segala warna-warni cat di bilikku bertukar kelam. Aku pengsan di atas riba Imran.


***

 Zhushhh….
Fokusku terus hilang dicuri. Ibarat dedebu berterbangan. Mampir sebuah lembaga berjubah putih pucat tanpa corak datang melintasi. Mataku agak kelabu dek kerana tidak mengenakan spek hitamku seperti hari-hari biasa. Namun lembaga tersebut berwajah persis seperti ‘dia’, insan yang telah lama pergi daripada surah hidupku.
‘Ah, takkan dia kot. Tak mungkinlah. Ayahku dah lama meninggal. Masakan orang yang sudah mati boleh hidup kembali. Ataupun ayah ada bela saka,’ getus hatiku disusuli ketawa kecil.
Aku renung sekali lagi ke tempat yang sama. Yang tinggal hanyalah beberapa orang pemuda jalanan berkecindan yang leka bermain wifi percuma.
Sudahlah, persetankan semua itu. Ini hanyalah bayangan minda aku sahaja.’
Dan aku biarkan bayangan tadi berlalu pergi.
Sedar tak sedar, sudah lapan jam aku berdiri bertemankan tulang empat keratku ini. Malam yang hening melabuhkan tirainya. Lalu muncullah sang mentari pagi.
“Subhanallah, indah nian ciptaan tuhan.”
Aku menghela nafas lega berbaur kepenatan. Tibalah masa untuk aku pulang melayan mimpi permainan sang ablasa celaka. Pedal enjin ditekan kuat. Aku memecah kesunyian pagi dengan derapan bunyi ekzos kereta usang harta peninggalan arwah abang sulungku.
Aku memecut keretaku laju membelah angin. Setibanya aku di rumah, Si Putih berlari pantas mendapatkanku seterusnya melisir manja di kaki berbuluku.
“Hai Putih, Good Morning!” sapa aku dengan nada mengantuk.
“Meowww,” Putih membalas ringkas. Aku kira itulah jawapan normal bagi setiap haiwan berkeluarga harimau ini. Aku menggendong Si Putih meluru terus ke katil. Sedang asyik aku melayan karenah Si Putih yang jelas ketandusan rasa kasih sayang daripada tuannya itu, tiba-tiba angin bertiup kencang. Menukar bilikku yang bersepah kepada satu ruangan kosong, gelap dan sejuk. Aku terpinga-pinga. Di manakah aku sebenarnya? Deru angin deras disusuli suara serak garau nan halus jelas kedengaran.
“Bebasssssskannn… Bebassssssskan.” Ya, itu mangsa yang dapat di perangkap telingaku. Lalu bayangan seorang tua berjanggut pandak, berjubah putih tiba-tiba muncul menampakkan dirinya. Dia kelihatan terkumat-kamit seperti sedang menyatakan sesuatu kepadaku. Dia nampak seperti sedang menggigil. Dan secara drastik bayangannya terus hilang daripada kedua mata kasarku. Aku cuba berlari mendapatkannya namun usahaku menemukan jalan buntu. Dia ghaib entah kemana. Kakiku terasa pedih ibarat dicakar-cakar. Cakaran terakhir menemukan roh dengan jasad.
Mataku celik kembali. Rupa-rupanya aku lena dibuai mimpi. Aku alihkan kakiku yang ternyata daripada tadi menghempap rapat Si Putih. Aku tersenyum sinis sambil mengalihkan pandangan ke arah jam berjenama Quartz yang terpacak pada paku karat yang dipasak pada dinding usang bilik itu. Nombor 10.14 tertera jelas pada jam berkenaan.
Aku menguap kenikmatan. Habis luas mulutku dibuka ibarat ikan paus yang sedia menelan Kapal Van Der Wijck. Sungguh aku musykil. Apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh mimpiku tadi? Wajah si tua tersebut mirip sekali dengan lembaga yang mampir di depanku malam semalam. Mungkinkah mereka adalah orang yang sama? Persoalan tersebut terus berlegar-legar di ruang kotak pemikiranku. Dek kerana terlalu hairan, mood tidurku terus swing. Jet lag seketika. Aku kemudiannya meluru ke arah ruang tamu. Pantas mengeluarkan rokok berjenama Winston, aku kemam ia lalu dicucuh.
Fuhhhhhhh…
Asapnya yang  tebal dihembus lembut.
Aku high paras rendah. Kocek kecil seluar trek berjenama Cheetah diraba-raba. Dengan ligatnya aku menarik alat tekomunikasi pasca moden yang dibeli dengan gaji pertamaku. Aku lihat bertindan-tindan WhatsApp group, aku endahkan saja. Scroll punya scroll mataku terus terpikat dengan satu mesej daripada manusia bernama Shafiq.
‘Assalamualaikum Zariq. Kau apa khabar?’
Aku senyum sendiri sambil mengutarakan soalan yang sudah tersedia jawapan. Ingat lagi dia ni kat aku. Haih kawan lama.
‘Waalaikumusalam Shafiq. Aku sihat, Alhamdulillah. Lama tak dengar khabar. Maklumlah sejak jadi orang London ni ingatkan kau dah lupa aku, hehe’
‘Ya Allah, nak lupakan manusia unik macam kau ni bukan mudah Zariq. Eh, bila kau free?  Lepak jom, aku belanja’
‘Wah, itu yang aku nak nanti-nantikan. What about tonight?’
‘Yeah, sure! I promise I’ll pick you by eight’
Seperti yang dimanifestokan si Shafiq, dia datang menunaikan janji dengan mengambil aku pada jam lapan tepat. Hon keretanya ditekan-tekan. Bingit aku mendengarnya.
“Kejap!” aku berteriak kencang sambil menyisir rambut lurus ke belakang. Dengan pantas aku mencapai topi kesayanganku lantas meluru terus ke luar rumah. Seperti apa yang aku sudah jangka, Shafiq pasti membawa mobil mewah milik bapanya.
‘Bertuah sungguh anak jati Kuala Lumpur ini. Sudahlah kaya, bergaya, belajar tinggi, siapa yang tak nak dekat dia tu maksudnya orang gilalah’ Getus hatiku sendiri.
Pintu kereta itu aku tarik perlahan, takut-takut tercalar kelak aku pula yang berbalar. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi nan empuk seteru melontarkan soalan kepada Shafiq dalam nada selamba.
“So, kita nak pergi berjimba dekat mana ni fiq?” Soalku teruja.
“Haaa, itu rahsia,” balasnya sambil mengenyit mata kepadaku ala-ala maknyah yang cuba mencari pelanggan di tepian Lorong Haji Taib 1,2,3 dan lain-lain.
Aku hanya akur dan mengikut saja gerak geri tuan empunya kereta. Masakan mahu ingkar, silap haribulan ditendangnya aku terpelanting ke puncak Gunung Merapi.
Aku yang terlena dibuai mimpi berlatarbelakangkan music jazz yang dimainkan oleh pemain lagu di dalam mobil  Shafiq tiba tiba tersentak drastik dek kerana sahabatku itu berhenti secara mengejut.
“Eh, pahal do?” Soalku kehairanan sambil menggosok-gosok lembut kelopak mataku.
“Ada ke patut brader tu main berhenti je kat tengah jalan. Haish, inilah manusia. Ego tinggi tahap dewa,” hurainya sambil mengetap bibir.
“Sabar fiq. Yaaa, namapun manusia,” jawabku sambil melilau-lilau melihat keadaan sekeliling.
Tiba-tiba pandanganku statik pabila suatu lembaga berjubah putih, berjanggut pandak melihatku tajam daripada jauh sambil melontarkan wajah pilu lalu terkumat-kamit seperti pada pertemuan kami sebelum ini. Tubuhku menggeletar. Jantungku berdegup lancing. Hormon adrenalin dirembes laju. Acap kali aku cuba membaca ayatul kursi namun ternyata ianya gagal pabila terlalu takut sehinggakan susunannya menjadi tunggang terbalik.
Tatkala mana diriku terlalu rakus dimamah perasaan gugup, tiba-tiba belakangku berbunyi  ditepuk oleh Shafiq seraya berkata, “Kau ni dah kenapa Zariq, dah macam nampak hantu aku tengok,” dia bertanya sambil menggaru skrutumnya.
“Err, lebih kuranglah. Eh cepatlah drive, nanti sampai aku cerita,” terketar-ketar aku mengarah Shafiq sambil menepuk lembut pehanya.
Setibanya di satu restoren mewah yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, Aku dan Shafiq segera mencari port untuk bersurah.
Setelah memesan minuman serta makanan masing-masing, aku segera membuka babak.
“Sebenarnya lah kan Fiq, aku rasa ayah aku belum mati!” Dahiku berbirat dengan 3 kerutan tanda serius.
“Kau biar betul. Mana ada orang yang dah meninggal boleh hidup balik. Apa pasal kau tetiba boleh conclude kan macamtu?”
“Entahlah, sejak dua menjak ni ada satu mahluk selalu menghantui aku. Dia asyik datang menampakkan diri. Wajah serta tubuh badannya persis arwah bapak aku. Cuma makhluk ni lebih seramlah. Start aku nampak benda ni kat kedai tujuh sebelas tempat aku kerja tu, siap aku termimpi-mimpi lagi. Tadi masa aku menggelupur macam orang dah nak mampus tu pun sebab aku nampak lagi makhluk tu daripada jauh. Aku takut Fiq, Please tolong aku. Aku merayu sangat. Kau lah satu-satunya kawan aku dalam dunia ni yang aku boleh percaya,”
“Apa yang dia nak daripada kau?”
Aku mengempas meja seraya berkata, “Aku taktau!”
“Orait, look. Insya-Allah aku cuba bantu apa yang aku mampu,” Shafiq memaparkan senyuman berkilat bak intan berlian.
“Apa kata kau ikut aku jumpa Bomoh Danhill!”
“Bomoh Danhill?”
Setelah Shafiq berjaya meyakinkan aku. Kami pun bersetuju untuk pergi berjumpa Bomoh Danhill, seorang bomoh yang terkenal dengan ilmu kedukunan di nusantara ini.
Shafiq yang ajak aku. Dia cakap bila jumpa Bomoh Danhill kena ada pengerasnya. Jadi dah terdesak macam ni apa pun aku sanggup buat.
“Mana kau kenal Bomoh Danhill ni Fiq?” Soalku musykil.
“Ada lah daripada kawan-kawan aku. Dengar cerita Bomoh Danhill ni adik kepada Bomoh Surya, dukun terhebat di Malaysia,” jawabnya yakin.
“Ah, tak kisahlah adik, abang, cucu siapa sekalipun. Yang penting masalah setel, aku boleh hidup aman,” kataku berharap.
Setibanya di rumah Bomoh Danhill, kelihatan seperti beliau sedang duduk bersila di atas bumbung rumah. Lantas dia terus terjun ke tanah daripada atas bumbung. Berguling-guling aku tengok orang tua itu. Ibarat ketiak digosok-gosok dengan bulu halus aku ketawa seketika lalu terhenti dek terkejut dengan renungan tajam Bomoh Danhill yang tiba-tiba menerpa.
Lidahku kelu sekaku tubuhku. Lalu tiba-tiba perutku ditolak Bomoh Danhill.
“Relakslah brader. Gua ni bomoh bukan Tok Kadi. Yang engko kecut telur sangat kenapa?”
Hairan aku dibuatnya. Rambut panjang, bercincin emas, hidungnya ditindik, berseluar hitam harmoni bertemakan corak lukisan naga dan harimau, warna-warni. Persis homosapien berakal lembu.
“Dah dah, jom masuk,” jemput Bomoh Danhill.
“Hah, cerita apa masalah engkorang ni. Kenapa sampai benda tu ikut korang sekali?”
“Hah? Benda tu? Benda apa Tok?”
“Tu benda yang mencangkung dekat  belakang kau tu.”
Zariq dan Shafiq menolehkan kepala ke belakang dengan serentak. Perasaan takut, marah, tertanya-tanya terpateri di dalam diri mereka.
Mampir satu lembaga putih berjanggut pandak, yang sering aku temui. Ya, inilah dia. Makhluk berwajah persis arwah bapak. Dia melemparkan wajah sarkastik terus mendapatkanku lalu membisik sesuatu.
“Bebaskan aku……” Suara serak garau nan halus menembusi lubang telinga.
Lalu Bomoh Danhill mencelah, “Adakah tempoh perjanjian kau sudah tamat wahai makhluk Allah?”
“Belum, dia adalah waris terakhir tetapi aku sudah kembali kepada jalan-Nya. Aku sudah bertaubat,” Lembaga itu kelihatan seperti sedang menanggung siksa.
“Hanya dia sahaja yang mampu menghentikan semua ini,” dia menambah sambil menuding jarinya yang legam tepat ke arahku.
Maka, Bomoh Danhill pun berbincang dengan lembaga tersebut yang aku kira boleh disifatkan sebagai hantu raya. Ternyata sangkaanku tepat. Memang benar saka ini adalah kepunyaan arwah ayahku yang meninggal secara mengejut lalu tidak sempat untuk mewariskannya kepadaku secara tradisi normal.
“Patutlah dia datang mencari,” kataku.
Setelah beberapa minit, kulihat Bomoh Danhill dan juga Hantu Raya saling bertutup mata. Tiba-tiba Bomoh Danhill bersuara, “Kemari kau anak muda. Kau genggam erat tanganku dan tuturkanlah kembali apa yang kami tuturkan.”
“Banyakkan bersabar ya,” pesan Bomoh Danhill seraya mencangkir senyuman sinis.
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam, dengan mematuhi Segala hukum-hukumnya. Dan janganlah kamu mengikut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata.”
Usai sahaja bacaan dilaksa, sirna Hantu Raya entah kemana. Kepalaku kemudiannya terasa seperti berdenyut-denyut. Lalu denyutan itu seakan-akan bergerak meluru kearah lubang telinga, Badanku seperti dipanggang seketika namun aku harus mengikuti pesanan Bomoh Danhill supaya sentiasa bersabar dengan apa yang bakal aku tempuh dalam upacara pembuangan saka ini. Kemudian rasa panas membahang itu hilang dengan sendirinya.
“Alhamdulillah, selesai,” Shafiq bersuara dengan nada gembira.
Bilik yang gelap tiba-tiba bercahaya. Terang bak disuluhi cahaya rembulan purnama. Hantu Raya kemudiannya memunculkan diri. Ia tersenyum lantas mengucapkan terima kasih kepadaku.
“Selamat tinggal sebagai balasan.”
“Tahniah anak muda. Kamu dah buat perkara yang betul Jangan di main keluarganya si iblis ni. Kelak binasa kamu,” Bomoh Danhill bertegas.
“Baik Tok,” aku dan Shafiq akur dengan arahan Bomoh Danhill.
“Terima kasih banyak atas pertolongannya Tok.”
“Tak perlulah berterima kasih pada aku. Ini semua kuasa Allah.”
“Jadi tak perlulah pengerasnya ya Tok?” Shafiq cuba mengusik.
“Eh, pengerasnya kenalah ada.”
“Apa pengerasnya Tok.”
“Senang je. Kau kena carikan aku sepuluh orang janda dalam satu malam untuk aku nikahi.”
Dia ketawa sendiri. Aku dan Shafiq masih lagi berwajah kehairanan.
“Serious Tok? Biar betik.”
“Aku bergurau jelah. Haih kamu berdua ni.”
“Kalau macamtu kami mintak diri dululah ya Tok. Assalamualaikum.
“Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh. Baik-baik jalan!”


Mencarut je lebih kan, haish,
Insya Allah dalam masa terdekat ni Amnaz nak buat satu lagi cerpen, Doakan Amnaz supaya belum dijemput malaikat maut ea, Agar tertunai cita-cita yang nenek Amnaz telah lama impikan,

Sehingga bersua lagi, Wassalam.



Assalamualaikum engkorang, Apa? Lapar?
Dah lapar makan lah,motip bermonolog dengan jin?
Engkorang ingat Amnaz dengar ke, Eleh sentap plak,Amnaz kan dah warned kat atas tu, Nak mentelaah blog Amnaz ni kena sadokan hati. Kuatkan iman, Haih, Gurau jelah, HewHew…..


Ni, yang sebenarnya entri kali ni, Amnaz nak menunaikan janji Amnaz dengan engkorang, Janji apa? Janji yang nak nak belanja korang makan kat Menate Steak House tu,
Ha,dah takpayah nak buat buat terkezut babun, dunia khayalan dunia impian sinetron jam 2 Tv3 je lebih, Nampak sangat engkorang ni banyak telan semut time minum air sirap yang mak engkorang beria buat sesimpan rapat rapat dalam peti paling belakang sebelah bekas tempoyak,Punyalah sorak port baik punya taknak kasi korang minum, Nak buat lega tekak time penat mengumpat petang nanti kat beranda dengan jiran sebelah, In the end , Engkorang rembat plak, kan dah kene tulah, Baca tak ingat, cepat lupa, Lepastu salahkan Lecturer sebab tak pandai mengajar kononnyer, Jijik hina keji hati engkorang kan, Macam mana nak berkat ilmu tu,


 Alahai, kan Amnaz dah janji nak cerita sikit and buat review buku buku lejen press dalam entri minggu lepas, Haih, tengok bawah ni,





Naissss kan cover dia.Pelohless gittheww,




Siapa diantara korang ni suka baca novel yang genre seram dan suspen?
Ini adalah salah satu novel yang korang patut baca.
Amnaz beri sinopsisnya sedikit ya.


Bagi Rosmah, tomahan sebagai dalang bagi kematian demi kematian dikampung itu ibarat bernafas dihujung tali gantung. Keadaan bertambah buruk apabila anak gadis Shahrizat si mulut celupar turut menjadi mangsa. Mereka jadi gila. Semua jadi histeria. Apabila seluruh penduduk kampung mengecam keras Rosmah yang baru berhijrah dan mengenakan purdah. Bapanya naik amuk. Namun, misteri tetap gagal dirungkai. Hantu wanita berpurdah terus menjadikan anak dara sebagai korban. Siapakah wanita berpurdah itu? Siapa sebenarnya Rosmah?



Buku ini dibeli masa Amnaz pergi melejen dekat Kinokuniya KLCC, kalau dah masuk situ, haih boleh bankrup Amnaz,
Apa yang engkorang fikir bila tengok tajuk tu?
Dalam kepala otak Ting Ting Datin Rosmah Mansor kan. Semua orang akan fikir macam tu. Sungguh popular Datin Rosmah kan.



 Watak Novel ni bernama Rosmah. Yang dituduh sebagai hantu purdah hanya kerana kematian di kampungnya. Rosmah digelar puaka. Membawa malang kepada penduduk kampung.
Namun adakah benar Rosmah ini cerita mengenai Datin Rosmah. Tak. Tiada kaitan pun.
Tak percaya? Dapatkan novel Rosmoh Perempuan Puaka ini. Terbitan LejenPress.
Selamat Membaca.
Amnaz bagi 8/10 untuk novel yang superb ini. Sangat best. Sehari je boleh habis, Sangat suka jalan ceritanya. Banyak ilmu. Semakin awak baca semakin banyak persoalan yang akan keluar. Kenapa Rosmah? Siapa Hantu Purdah? Siapa Rosmah? 

Oh My Rosmoh,.

Oh,btw cantik kan Datin Seri ni :)


Hey korang kutuk aku ea?